Saturday, March 20, 2010

Alhamdulillah....

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi....

xtau mcmn nk mula entri ni sbb bersyukur sgt2...aishah humaira' dh kuar dr wad.......best!!!

Alhamdulillah...ummi bersyukur sgt...aishah dh sihat dan dh blh blk rumah...=)

tp mlm ni ummi xdpt tdo dgn aishah..ummi g ijtima'...lmbt gak hbs td, so, xblk rumah..tdo kt blk acik jeda je...esok pagi2 ummi blk...

xtau dh nk tulis ap...cuma nk coretkan kt sini...ni 1st time aishah admit wad since ddk dgn ummi...8 hari...11-19 mac 2010...ummi xkn lupa sampai bila2 sbb ummi yg jaga aishah sendiri(dgn bantuan mak tuk)...rasa mcm2...tp xpela...demi anak...esok2 klw aishah dh besar, jadi penyayang ya...semoga sume orang boleh rasa kasih syg yg kita curahkan...

ok, sampai sini dulu, ummi nak sleep...ilal liqa' sayang...

salam dr jauh,

ummuhumaira'

Tuesday, March 16, 2010

Kesedihan melanda...

Assalammualaikum wbt...

buat Aishah yg ummi sayang, ummi tujukan entri ni khas buat anak ummi xkiralah dimana aishah membacanya bila aishah dh besar nanti...

anakku, walaupun kau bukan ku kandungkan dirahimku, kasih sayang utkmu tiada tandingannya...ummi syg sangat kt aishah..ummi xtau mcmn nk hidup klw aishah tiada disisi...ummi cuma mahukan yg terbaik utk anak ummi ni...

aishah,
tanggal 11 mac, ummi bawak aishah ke hkl sbb rashes kt blkg badan aishah yg sgt membimbangkan ummi, ummi xtau nk buat ap, so, ummi rasa bwk jmpa dr adalah solution terbaik..tapi, xsangka plk dr admit aishah kt wad...alasannya sgt pelik..to stress about compliant toward medication...aishah mmg sakit dan perlukan ubat setiap hari...ummi akur dan ummi bagi aishah ubat2 2...lately ni lagila...ummi yg jaga aishah sendiri kt rumah memandangkan ummi tgh cuti...

ummi sayang sgt dgn aishah, ummi syg mak tuk jugak...sbb 2 ummi bg mak tuk jaga aishah...ummi cuma nak yg terbaik buat aishah memendangkan ummi masih lagi study dan agak sibuk...tp yg ummi xtahan sgt sedih bila sume orang lain masuk campur sekali...nape mereka suka masuk campur urusan orang lain???dr admit aishah kt wad 2 mestilah ada alasan kukuh walaupun banyak jiwa yg 'terkorban' tp ummi yakin Allah 'nak hapuskan' dosa2 kecil kami semua dgn menjaga aishah....ketahuilah anakku, ummi tidak akan menyerah kalah walaupun 'ada orang' cuba merampas aishah dr sisi ummi...ummi cuba rasinalkan sume yg berlaku dan ummi sgt2la mengharapkan sokongan org sekeliling...doakan aishah cepat sihat dan doakan kami tabah hati menghadapi ujianMu ya Allah...

buat sahabat2 dan pembaca yg lalu kat blog ummi ni, ummi mintak byk2 doa kalian agar aishah sihat dan dpt keluar drpd wad 2...sesungguhnya walaupun ummi akan keje kt situ 1 hari nnt...tp ummi tetap xyakin anak ummi boleh membesar dgn sihat di wad yg penuh virus 2...doakan jugak ummi dan mak tuk tabah dan istiqamah dlm membesarkan aishah...byk betul rintangan yg ummi hadapi dr awal tp pasti ada hikmh di sebalik semua itu...semoga kita semua tabah menghadapi kehidupan di dunia dan akhirat...

p/s: buat sume yg rasa xpuas hati sbb aishah kene admit wad, pergi jumpa sendiri dgn dr tahirah dan dr kamarul...diorg yg admit aishah kt wad, bukan ummi...faham???

ok, cukup dulu sampai sini, ummi nk bersiap ke hkl..semlm aishah tdo dgn mak tuk...so, hari ni ummi plk g jaga aishah walaupun ummi dh rasa mcm nk demam...ya Allah, bantulah kami..tenangkan hati kami utk menerima qada' dan qadarMu..istiqamahkan kami dlm agamaMu dan dlm setiap perbuatan yg kami lakukan...ya Allah hanya kepadaMu kami memohon dan meminta pertolongan...amin..

salam sayang,

ummuhumaira'

Sunday, March 7, 2010

Tazkirah hari ini...



gambar2 sepupu ummi..dr kiri : ummi, umi nadia, idah n mama lang

Tazkirah 1

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Tazkirah 2

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan : * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari. Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

ingatan dr kak elly khadijah...thanks kak..

Lebih baik DIAM..

Assalammualaikum wbt...

hari ni ummi dpt permintaan utk coretkan sesuatu di blog ummi tp ummi xberapa pandai utk membuat ulasan yg menarik mengenai tajuk 2, jadi ummi kona jap...bagi tajuk lain skt yg ummi rasa lbh terkesan di hati ummi bt masa ni...sambil2 2 ummi akan bt sedikit kajian utk tulis entri seperti permintaan sahabat ummi 2...sabar ya sahabat..n jom layan artikel bawah ni....

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau
"Diam-diam tong kosong"

atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"


HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.


Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)