Sunday, October 24, 2010

Kisah si dia...

Assalammualaikum wbt....Hari ni baru berani semula menatap gambar2nya...benar2 sedih mengenangkan kita xkan berjumpa lagi didunia ini...tapi aku pasti janjiNya akan pertemuan disyurga...

Nani,
Sebelum aku jauh lagi melangkah mencurahkan segala kesedihan hatiku disini, ingin aku seru rakan2 pembaca semua utk sedekahkan Al-fatihah buatmu, sayang..al-Fatihah...

seusai pengebumianmu 22 okt 2010, 2.30 ptg di tanah perkuburan al-ridhwan, ulu klang, aku pulang basah kuyup...pemergianmu ditangisi seisi alam sayang...sebelum balik aku singgah solat zohor kt dlm masjid 2, adik kau, izzah dtg dekat padaku...dia cakap takut...dia takut bunyi guruh dan kilatan petir...izzah juga cakap kt aku yg kau sejuk kt dalam tanah..aku sedih sgt time 2...aku xtertahan menampung air mata yg sememangnya penuh di mata ini...aku cuma mampu terangkan padanya yang kau sebenarnya telah tenang disisi Allah...yang ditanam hanyalah jasad kau yg dh tidak mempunyai rasa...aku juga menangis xterkata bersama2 izzah dan akhirnya dia tertidur di ribaku...

nani,
pergimu tiada tanda, kau pergi sebelum kami semua bersedia menghadapinya...aku sedih sayang, aku juga tidak pasti adakah aku bersedia utk menghadapi kematian yg pasti itu...aku harus bersedia kearahnya sayang, terima kasih atas peringatan hati yg xmungkin aku lupakan sehingga kita bertemu kembali...
mlmnya aku tidak kerumah keluargamu sbb blm kuat syg...aku tak mahu kehadirranku hanya menamnbahkan duka di hati ibum atas tangisanku...walau hanya utk yasin yg kusedekahkan padamu, airmataku pasti turut mengiringinya...bantulah hatiku ini sahabat menerima pemergianmu...
tapi semalam aku pergi...alhamdulillah, bertemu keluargamu yg cukup mesra melayanku walau aku yakin masing2 masih lagi kesedihan, semua adik beradik ibumu juga ada disitu...mak ngah kau bertanya siapa aku sbb mcmn pernah kami berjumpa...rupa2nya waktu kau check status hep b ko 1 ketika dulu, mak ngah kau yang buat..ingat x? kau lambat kesana sbb kita keluar makan bersama2...indahnya waktu itu utk dikenang...mak busu pun mcm prnh jumpa, rupa2nya dia yg tinggal di ppr ampang hilir 2..kt pernah pergi kesana bersama2..kita selalu dimarahi sbb selalu lambat klw keluar bersama..api aku yakin kemarahan ibumu selama ini adalah kerana beliau begitu menyayangimu kawan...
adik2 kau pun tidak segan silu lagi padaku nani...semua barang2 kau ingin mereka tunjuk dan berikan padaku...tapi aku xnk itu semua sayang, cukuplah kenangan kita bersama..aku yakin kau tenang disana, maka kami amat senang melepaskanmu sayang walau hati kerap kali enggan mengiyakan pemergianmu...aku janji dgn diriku dan adik2mu, setiap kali mereka rindu padamu ataupun aku rindu padamu, kami akan menghabiskan masa bersama..mungkin itu je yg mampu aku lakukan dgn waktu yg terbatas ini...
aku juga yakin yg peringatan yg kau telah bagi pada kami ini mampu memacu kami lebih rapat kearahNya..terima kasih sahabat..semoga kau tergolong bersama2 golongan para syuhada'..aku pasti akan selalu merinduimu, andai aku lalai, bantulah aku...dan terima kasih jugak kerana ukhwah ini dan ukhwah yg terbina kerana pemergianmu...SAYANG KAMU!!!~
ILAL LIQA,
adilah~


1 comments:

lina said...

salam kak. tengok gambar ni baru teringat balik. kita kenal.just tak berapa rapat ngan dia.

moga arwah sentiasa dalam rahmatNYA.