Showing posts with label peringatan bt diri dan anak2.... Show all posts
Showing posts with label peringatan bt diri dan anak2.... Show all posts

Friday, May 7, 2010

KHAS buat INSAN bernama LELAKI....

Assalammualaikum wbt...

Salam mujahadah buat semua sahabat2...entri kali ini ummi tujukan khas buat insan bernama LELAKI yang berada disekeliling ummi sbg peringatan buat diri ini dan juga buat kalian...semoga kita semua tidak tergolong dlm golongan ini..




.: GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK MASUK KE NERAKA OLEH WANITA.... :.

1. Ayah

Apabila seorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak perempuannya didunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama spt mengajar solat, mengaji Al-Quran dan sebagainya, dia membenarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat, bergaul bebas dgn sesiapa sahaja...walaupun sebanyak mana diberikan kasih sayang dan kemewahan di dunia, MAKA dia akan ditarik oleh ANAK PEREMPUANnya ke NERAKA..

2. Suami

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tidak tanduk isterinya, membenarkan pergaulan bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan lelaki yang bukan mahram. Apabila seorang suami mendiamkan diri, walaupun solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal tetapi kerana DIAM dirinya itu, dia akan BERSAMA2 dgn ISTERINYA di NERAKA.

3. Abang

Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah saudara (adik-beradik) perempuan jatuh ke bahu abang2nya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan diri sahaja dan membiarkan saudara perempuan mereka berterusan didalam maksiat, melencong jauh dari ajaran Islam, MAKA tunggulah tarikan mereka diakhirat kelak...mereka akan ditarik oleh SAUDARA PEREMPUAN mereka ke NERAKA.

4. Anak lelaki

Apabila seorang anak tidak menasihatkan seorang ibu tentang perihal kelakuan yang haram disisi islam, bila ibu membuat kemungkaran spt mengumpat, menfitnah, mengata, tidak menutup aurat dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...nantikan tarikan IBUMU dari NERAKA...

Salam ingatan dari jauh,

ummuhumaira'

Wednesday, April 28, 2010

Sahabat...

Assalammualaikum w.b.t...





MAAF utk Aishah dan bakal anak2 ummi sbb kesibukan ummi skrg ni...di kesempatan ini, ummi nak titipkan beberapa hadis utk anak2 ummi...

1. Hadis riwayat Abdullah bin Amru ra., ia berkata:
Rasulullah saw. pernah bersabda: Ada empat sifat yang bila dimiliki maka pemiliknya adalah munafik murni. Dan barang siapa yang memiliki salah satu di antara empat tersebut, itu berarti ia telah menyimpan satu tabiat munafik sampai ia tinggalkan. Apabila berbicara ia berbohong, apabila bersepakat ia berkhianat, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila bertikai ia berbuat curang

2.Hadis riwayat Abu Musa ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4762


salam sayang,

ummuhumaira'

Sunday, March 7, 2010

Tazkirah hari ini...



gambar2 sepupu ummi..dr kiri : ummi, umi nadia, idah n mama lang

Tazkirah 1

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Tazkirah 2

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan : * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari. Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

ingatan dr kak elly khadijah...thanks kak..

Lebih baik DIAM..

Assalammualaikum wbt...

hari ni ummi dpt permintaan utk coretkan sesuatu di blog ummi tp ummi xberapa pandai utk membuat ulasan yg menarik mengenai tajuk 2, jadi ummi kona jap...bagi tajuk lain skt yg ummi rasa lbh terkesan di hati ummi bt masa ni...sambil2 2 ummi akan bt sedikit kajian utk tulis entri seperti permintaan sahabat ummi 2...sabar ya sahabat..n jom layan artikel bawah ni....

Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? "
(Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label 'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau
"Diam-diam tong kosong"

atau
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"


HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.


Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik,
kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)

Sunday, February 28, 2010

Nasihat seorang teman....

Assalammualaikum wbt...

Tazkirah Minggu ini teristimewa utk akhawat : Akhawat sejati bukanlah dilihat drpd tingginya gelaran, tebalnya solekan, banyaknya pujian syabab kpnya ttp tingginya ghairah utk menuntut ilmu dan mengamalkan syariat scr murni, istqmh dan ikhlas..

Ilmu yg bermnfaat adlh tongkat yg dipegang. Mnjdi akhwt sejati akn menimbulkan irihati para bidadari, menadi dambaan para insan berjiwa Rabbani, menjadi dambaan bg insan pemilik ruh dakwah dan jihadiah sert apara insane yg tidk tertipu dgn gemerlapnya cahaya dunia yg semu..Akhawat yg disyangi fillah..Dambakanlah peribadi sprt siti Khadijah, Siti Aisyah, mahupun jg siti Fatimah…


Aiyyuha syabab, tidakkah kau membuka lembaran sejarah, dikala islam menaungi dunia,bukankah pemuda penggerak utama? kenalkah dikau wahai pemuda, siapa Muhammad Al-Fateh? siapa Ali b Abi Talib? dan kesemua pelakar sejarah, kegemilangan tamadun islam.. Andai bukan kerana pemuda, pasti sejarah ketamadunan dunia kelam.,sanggupkah engkau mempersia, peranan pemuda penggegar dunia? aiyyuha syabab, kuasamu mampu merubah, kemampuanmu mampu mengugah sang penguasa zalim pemusnah dunia dan segala khazanah. aiyyuha syabab, jadilah engkau bagai singa dikala siang,pahlawan gagah bersemangat juang dikala malam..,alir air matamu menghadap ilahi, istiqahmu tak kunjung malap.. itulah rahsia pemuda sakti,yang telah berjaya melakar sejarah duniawi..aku pemuda ku seru kalian semua,jangan persia amanah agama..

salam peringatan buat diri,

ummuhumaira'

Sunday, February 7, 2010

Adab bercinta dlm Islam

Bismillahirrahmanirrahim....ku tujukan khas artikel ini untuk mereka yang mencintai agama mereka dengan seteguhnya.Seboleh-bolehnya anda perlu perkuatkan mujahadah dalam masa yang tidak halal bagi anda untuk menjalinkan perhubungan bersama dengan seorang muslimat itu.Sebenarnya perbuatan berhubung dengan seorang muslimat tanpa tujuan yang munasabah adalah tabiat yang tercela.Oleh itu jauhilah perbuatan tersebut bermula dari sekarang..bertaubatlah kepada Allah atas kesilapan yang lalu.

Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn Bhd

Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta Selepas Bertunang

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta Selepas Kahwin

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Seharusnya Cinta…

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.


**disalin dr blog abg zaidi...thanks bebyk


salam perungatan buat diri,


ummuhumaira'

Thursday, February 4, 2010

Didiklah anakmu!!!

Assalammualaikum wbt buat sume....

hari ni ummi nak titipkan sikit penawar hati ummi dan penyejuk mata kami...ummi tenang dgn adanya kamu disisi kami, dikala pelbagai mehnah menjelma, dikaulah selalu menenangkan hati ummi, hilang semua kepenatan, hilang semua masalah, terima kasih Ya Allah atas nikmat kurniaanMu ini...
Kali ni ummi nak buat perkongsian sikit buat peringatan pd diri....Pernah xdengar pepatah "Melentur buluh biarlah dari rebungnya"?, pernah xterfikir apa yg yg kita dedahkan pd anak sewaktu mereka kecil akan menjadi tabiat mereka apabila mereka besar kelak?...sume 2 ada dlm hadith2 yg rasulullah SAW titipkan buat panduan kita sume dlm mendidik anak...so, kat sini ummi nk titipkan cara mendidik anak mengikut cara ulama' salafus soleh....

Saidina Ali bin Abi Talib ada berkata : " Sayangi dan layanilah anak sampai usianya tujuh tahun, kemudian didiklah anakmu selama tujuh tahun dan pada tujuh tahun ketiga, suruhlah anakmu untuk ikut membantu urusan keluargamu"
Hukama' berpesan : " Bersegeralah dlm mendidik anak sblm kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal ( tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkanmu (menyusahkan) hatimu dgn keburukan"



Pendidikan anak dari kelahiran hingga usia 7 tahun:

1. Anak2 kecil perlu diperdengarkan dan diajar mengucapkan kalimah "Lailahaillallah" atau sekurang2nya kalimah Allah. Mudah-mudahan sepanjang hayatnya, itulah kalimah terawal dan terakhir baginya.

Saidatina Aishah RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :" Sesiapa mendidik anak sejak kecil sampai dia pandai mengucapkan 'Lailahaillallah', maka dia tidak akan dihisap lagi pada hari kiamat kelak"
2. Didiklah anak apabila dia telah mumayiz. Tanda seorang anak itu telah mumayiz ialah tahu membezakan antara tangan kanan dan kiri.
Nabi SAW bersabda :" Menuntut ilmu semasa kecilnya, laksana melukis diatas batu."

3. Bermain dengan anak dgn permainan yang meransang minda anak.

Sabda Nabi SAW :" Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya di waktu dia besar."

4. Mengajarnya solat.

Dari Abdullah bin Habib bahawa Rasulullah SAW bersabda :" Apabila anak telah mulai boleh membezakan antara tangan kanan dan kirinya, maka suruhlah ia untuk melaksanakan solat."

Tujuan akhir didikan pada peringkat pertama ini adalah agar anak2 tahu, sedar dan yakin bahawa mereka benar2 disayangi oleh ibu dan bapa. Ikatan kasih mesra itu penting kerana dlm tempoh 7 thn berikutnya adalah jangka masa utk dipenuhi dgn pembelajaran dan pendidikan. Semasa dlm proses pembelajaran, kadangkala peraturan dan arahan serta kawalan disiplin adalah suatu yg perlu. Maka segala teguran, suruhan, larangan dan hukuman yg dikenakan akan mudah diterima kerana yakin ibu bapa sayangkan mereka bukan benci.

Nota buat ummi:

Jangan leka dlm mendidik anak yg ada ; aishah humaira' dan anak2 yg bakal dilahirkan kelak, anak itu anugerah Allah, walau sibuk menuntut ilmu, bekerja dan berjuang (yeke??), anak jangan dilupa...semoga diri ini terus tabah membawa kesemua tanggungjawab ini bersama2...

salam sayang,

ummuhumaira'


Besarnya neraka!!

Salam Penuh Ukhwah...
Peringatan buat diri yang lupa...
Luasnya Neraka

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri dan suami kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu
YA ALLAH.Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu
YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu
YA ALLAH.Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN…...:

.:Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”
Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?”Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”Jawab Jibrail: “Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.” Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab “PeringatanBagi Yg Lalai”)
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua’lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."