Wednesday, February 17, 2010
Lamanya...
Selamat malam buat semua, lama rasanya ummi xmenjengah masuk ke blog anak2 ummi ni, memandangkan ummi pun berada di depan mata aishah, jadi serasanya tidak perlulah ummi meninggalkan tarbiyah maya ini...akan tetapi ummi terlupa pada hak pembaca2 sekalian, jadi ummi bercadang utk update blog ni sementara si anak sedang bermanja dgn mak tuknya diatas...(sebenarnya baru lps basuh muntah n mandikan anak buat kali ke7 hr ni...xtau nape sejak akhir2 ni selalu benar dia muntah2)
oklah, just update program2 ummi dan aishah post xm...sampai dpt result...raya cina...n smpai masuk keje hr ni....byk btl...
ummi hbs xm hr selasa, 9 feb 2010..ptg 2 jejalan dgn mama kema, cik ijah n cik ain...g mkn2 dlm hujan then merancang program hr esok...rncgn awal nk ke ulu yam...tp ummi mcm xnk sbb dh byk kl g situ, so btla perancgn2 lain...then come to conclusion nk g cameron highland, memandu 'si putih'...maka mendakilah kita ke cameron 10/2/2010....
10 FEB 2010
Perjalanannya bermula seawal 7 pagi dgn harapan blh blk hari (mksdnya xtdo kt atasla...), akan tetapi takdir Allah menentukan segalanya bila kami tersalah jalan...patah blk kl semula, then lalu PLUS ke tapah n naik cameron, around 3pm, berhenti jap kt lata iskandar...aishah sorg je dpt mandi sbb yg lain2 xbwk baju...g jln sehelai sepinggang...
namun dgn segala kecekalan dihati kami tempuh jalan yg berliku menuju ke puncak...check in hotel kul 8 mlm (akhirnya...tertido kepenatan kami di cool point view hotel, hotel budget yg cantik..)
11 FEB 2010
Esok paginya kita g jalan hampir sume tempat, dari ringlet..naik ke tanah rata..naik ke brinchang...n naik lagi sampai ladang teh boh...guess what...si putih diparkir 200m di bawah ladang teh boh dan ummi mendaki bersamamu anak...naik ke atas...btl2 menguji kesabaran n mengingatkan ummi beratnya tanggungjawab yg bakal ummi tempuh dlm membesarkan aishah selepas ni...then, kita g the biggest strawberry farm...seronok sgt mkn strawberry baru petik..manis n mengiurkan rasanya...aishah pun mkn dgn sgt byknya...sebenarnya ptg semlm dh g petik kt bee farm..nama je bee farm tp ad ladang strawberry...blh petik sendiri...then, timbang..murah je 250gram for rm8...uncle 2 bermurah hati nk bg murah...then around 2pm kt start trn bwh bl cik jah n mama kema dh dpt bunga masing2, ummi xbeli pun bunga sbb...cintakan bunga, bungakan layu...huhu, gurau je...jgn marah cip..
disebabkan semlm hanya aishah yg dpt rasa air terjun lata iskandar, kami sume duk pakat beli baju kt brinchang...murah2..kt pasaraya sakan..then, mandi-mandalah kami di lata itu sehinggalah jam 4ptg...n kami pun meneruskan perjalanan balik ke kl...(ummi yg drive time ni...penat sesgt...taubat xnaik lagi xcept with driver or helicopter..huhu..)
sampai di kl around 8pm, then 8.40pm, g majlis kesyukuran bersama yb....huh..really xtau nk ckp penatnya...tp keranamu cik ji n cik alia...kuturuti semuanya...
12 FEB 2010
kita sama2 bangun lmbt...around 9am, then turun melawat sahabat ummi di wad ortho...cik husna (forensik), duk borak2, mkn2 dgn husna sambil tgu result exam yg khabarnya akn keluar lps solat jumat 2...berdebar2 rasa hati...hanya doa je yg mampu dipanjatkan pd waktu ni...
around 4pm plk, dpt surat kene kluar dr kolej n kene saman atas kesalahan yg xdibuat...ni sume gara2 peng***a yg dh psikotik 2, maka ummi pun terkene tempiasnya...n ummi terus ambk lgkh utk terus tidak tinggal di asrama lagi...biarlah bersusah sikit dr terus mengata si guru(layak ke peng***a digelar guruku??)...ap2 lah...serasa pelbagai rintangan dialami sejak duduk sebelah rumah peng***a 2..harap2 kes si PENG***a 2 sampai ke prof maniam agar org lain xteraniaya...
around 6pm, result kuar...takut sgt nk tengok...tp akhirnya Alhamdulillah...bersyukur sesgt dgn usaha rasanya sgtla sedikit berbanding sem2 yg lain, dgn prk nya, dgn si anaknya, ummi berjaya...alhamdulillah..ummi pun bersyukur sgt sbb sume shbt2 seperjuangan yg sama2 berjuang dpt menempuh ujian akademik ini dgn jayanya...
to be continue....
Sunday, February 7, 2010
Adab bercinta dlm Islam
Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn Bhd
Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”
ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.
Cinta Sebelum Kahwin
Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:
1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.
2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.
3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.
4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.
Cinta Selepas Bertunang
Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.
Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.
Cinta Selepas Kahwin
Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.
Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:
1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.
2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.
3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.
Seharusnya Cinta…
Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.
Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.
Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.
Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.
**disalin dr blog abg zaidi...thanks bebyk
salam perungatan buat diri,
ummuhumaira'
Friday, February 5, 2010
Akhirnya.....
hahahaha, rasa mcm nk start berpidatolah plk, lama benar xberpidato, sejak ada anak ni, cuba2la sgt dielakkan untuk berpidato mahupun membebel supaya anakku xmewarisi mulut 'becok' umminya ni...
sebenarnya nak post kat sini...mission accomplish...misi semalam ptg nk cari keje kt klinik sebenarnya, lebih dr 5 klinik ak g, sempatla jgk sekali interview...tp disebabkan doktor yg sgt 'berlagak' dan mcm apa interview aku, so ak pasrah...akhirnya, mintakla tlg dgn mak cari keje kat tempat keje mak, kat 'u' bestari....dan alhamdulillah, DAPAT!!!!
dapat keje kat taska, jaga bdk2 umur 6-8 thn, keje dr kul 12 tghari hingga 7ptg...gaji berbaloila jgk...sbb keje senang (aku rasala...huhuhu), lgpn, pagi 2 aku blh jaga aishah dulu, xpayahlah hntr ke taska (harga taska utk aishah rrm300/month...xlarat ooo...baik ummi jaga sendiri)...lagipun, waktu transit antara ummi g keje dgn mak tuk blk keje cuma 3 jam lebih je, n waktu 2 waktu aishah tdo, so aishah tinggallah dgn wan2 yg ada kt rmh ni ya...wan lang ada, wan tam ada, wang teh ada, pilih je yg mana nak, k?
skrg ni xmasuk keje lagi sbb hari selasa dpn masih ad OSCE Ortho...cikgu besar 2 suruh aku masuk keje isnin tp terpaksalah mintak masuk keje hari kamis sbb hari rabu 2 niat nk g rehlah dgn sahabat2 ataupun housemate ...so, kenelah cepat2 skt ya kawan2 klw nk g jln sbb hr kamis dh mula keje...
mengimbau kembali setahun yg lalu, waktu cuti antara tahun 3 dan 4, kami sume kene bt elektif posting berbentuk kebajikan, aku g PERNIM, ddk sebulan dgn kanak2 kt situ...penuh dugaan tp betul2 mengajar erti kehidupan...mungkin memang ditakdirkan utk diriku ini berada dilingkungan kanak2 kot, so aku terima jela...doakan ak sukses dgn kerja baruku ini, melayan bebudak..byk dh sebenarnya silibus dakwah kanak2 yg terfikir di kepala aku...tp disebabkan dh nk kene g ambk mak blk keje, so, ak stop kat sini dulu, smbg dlm entri akan dtg ya...daa~
salam sayang,
ummuhumaira'
Thursday, February 4, 2010
Sesi merepek post-OSCE Paed
sebenarnya baru je habis exam OSCE Paediatrik, nape rasa OSCE ni mcm senang ek? takutnya tp seronok sgt, alhamdulillah...akhirnya hampir selesai final xm sem 8 ni...tinggal OSCE Orthopedic je hr selasa minggu depan, so sekarang ni berpoya2 jap sambil update blog sblm blk berjumpa si anak yg sesgt dirindui...
saje nak mengimbau semula seminggu study week yg xmcm study week bg aku...bermulanya study week pd 22 jan...hujung minggu 2 aku habiskan di kem kembara siswi, tiga hari di melaka mengajar aku pelbagai ragam manusia dan mengajar aku erti mehnah dlm perjuangan, terlalu byk bende yg berlaku sewaktu kem 2, terasa diri ini terlalu kerdil Ya Allah...hampir setiap minit ada je ujian baru menjelma, mungkin aku terlalu seronok berjumpa dan berkenalan dgn adik2 nursing dan medic yg join program ni...dan dgn berakhirnya program 2, aku mengisytiharkan bahawa diri ini tidak mahu lagi terlibat dgn program external melainkan sekiranya betul2 diperlukan...rasa xberdaya sgt berhibur dikala study week tp ak tahu dan sedar apa yg aku buat, xsampai rasanya hati ini utk lari dari tanggungjawab yg tlh aku mulakan dan xsampai hati membiarkan sahabat2 sendirian meneruskan program ini, jadi agak terkorbanlah jugak diri ni...poyo je...
post-program ingatkan semuanya ok, tp xsangka pulak pilihanraya kampus yg terjadi pd hari isninnya menimbulkan ketegangan apabila calon yg bertanding g kem jugak, xpasal2 ak sekali terbabit kononnya buat program gmukm...mmglah ak gmukm, xcaye tgk calon umum no 4 tahun lps, muka aku kn?..apalah diorg ni, sebelum pilih organisasi 2 selidikla dulu latar belakang seseorg, ni nk melenting bila dah habis program, pelik betul aku...tp aku xbwk agenda sgt dlm program ni, sekadar nk mengizzahkan islam pd sume....2 je...program pn pd ak xla islamik sgt tp ntahla, pandangan setiap org 2 berbeza2...dhla xtau apa yg aku alami kt kem, pastu nk sibuk2 dlm hidup ak plk, dhla dlm minggu std week jgk...pelik kn manusia ni??
blk dr kem, ak sibuk uruskan hal2 pilihanraya plk (btl ke sibuk ek?), hari isninnya kuleburkan lagi dgn ke penamaan calon dan urusan2 berkaitan, kusangka sblm asar boleh sampai ke ktdi utk study tp dek kerana lembabnya pentadbiran ukm bangi ni, maka kul 9 mlm baru aku sampai ke rumah, nasib baik aishah ada disisi, tenangla sikit hati ummi ni...nk tau ap yg berlaku isnin 2?? lebih kurang pukul 6 gitu, ak mendapat tahu bahawa banner yg kami hantar untuk kelulusan 3 jam yg lalu masih belum diluluskan, maka aku dgn membawa anak yg masih lagi tidur since kul 2ptg td pun mengamuk nk serang pejabat, petang 2 betul2 mencabar kesabaran aku apabila budak asp****i masuk dan terus dpt kelulusan, masuk sekali dgn dr,rosli plk 2, hilang terus respek ak pd seorg doktor yg sepatutnya profesional tp masuk campur urusan mahasiswa, ntah ap2 ntah...xprofesional langsung...ak g gaki menyerang tp kene halang kt pintu lg, so ak bg masa 15mnt utk mereka, klw xaku akan mengamuk besar kt situ....nekad!! nasib baik mereka akur, klw xmeletup dh kot one stop centre 2...huhu...
then, selasa tdo sepanjang hari sbb terlalu penat, rabu, tdo lagi, xsentuh buku pun melainkan time anak tdo...nasib baikla si anak senang dibawa tdo dan behave time ummi dia tdo, thanks syg...rabu ptg-manifesto kt cafe mak yong, sekali lg ak rasa mcm nk tergelak dan meletup dgn manifesto bdk asp****i, ntah apa2 mengaku program org lain dia yg buat, ntah apalah bo**h sgt org yg luluskan menifesto 2, dhla org sebelah rumah ak, malu nk ngaku kt duk 1 blok...silalah cpt2 berpindah ataupun tkr org yg kurang psykotic skt, supaya senang sikit hati kami..
khamisnya sekali lagilah hariku terlebur, sampai 4 pg di bangi menyaksikan penyelewengan dan PRK yg plg kotor skali sepanjang 4thn ak bergelar mahasiswa, hangat sgt mlm itu, dgn anak disisi yg tdo dgn sgt solehahnya since 9mlm, ak pn dgn senanh hati join perhimpunan mlm2, ya Allah terasa dekat dgnmu bila dikepong POLIS..mcm2 perasaan time 2 esp bila tau ad shbt dilempang dan ditendang pak guard, sedih sungguh tp kuyakin itulah mehnah...manisnya berjuang keranaMu...study week xstd pn xssh hati...
then, jumaat-isnin balun buku mcm xnmpk org sebelah, alhamdulillah Allah bagi kemudahan dlm menjawab soalan dan yg plg penting ketenangan jiwa post xm...semoga Allah kurniakan kecemerlangan kpd pejuang2Mu...
sekian dulu, atam dh bising ajak blk, sampai ketemu lagi...
salam puas hati,
ummuhumaira'
Didiklah anakmu!!!
1. Anak2 kecil perlu diperdengarkan dan diajar mengucapkan kalimah "Lailahaillallah" atau sekurang2nya kalimah Allah. Mudah-mudahan sepanjang hayatnya, itulah kalimah terawal dan terakhir baginya.
3. Bermain dengan anak dgn permainan yang meransang minda anak.
Sabda Nabi SAW :" Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya di waktu dia besar."
4. Mengajarnya solat.
Dari Abdullah bin Habib bahawa Rasulullah SAW bersabda :" Apabila anak telah mulai boleh membezakan antara tangan kanan dan kirinya, maka suruhlah ia untuk melaksanakan solat."
Nota buat ummi:
Jangan leka dlm mendidik anak yg ada ; aishah humaira' dan anak2 yg bakal dilahirkan kelak, anak itu anugerah Allah, walau sibuk menuntut ilmu, bekerja dan berjuang (yeke??), anak jangan dilupa...semoga diri ini terus tabah membawa kesemua tanggungjawab ini bersama2...
salam sayang,
ummuhumaira'
Besarnya neraka!!
Peringatan buat diri yang lupa...
Luasnya Neraka
.:Luasnya Neraka :.
Wednesday, February 3, 2010
Pengalaman semalam......
salam sayang bt sume, lama rasanya ummi xupdate blog ni utk tatapan aishah, esp after ummi blk dr kem, rasa mcm masa mengejar dan mcm xcukup tanah utk berlari...
anyhow, ummi juz nk upload gmbr2 kita bersama waktu penamaan pilihanraya kampus minggu lepas...thanks aishah sbb aishah behave well sepanjang penamaan dan sepanjang ummi dan sahabat2 lain menyiapkan segala tugasan di bangi...
sebenarnya pagi 2 ummi, atam dan aishah dah terlepas perarakan yg diceritakan pd ummi sgt sengit dan hangat, ummi dpt bayang keriuhan itu dan rasa sedih plk sbb smpai lmbt, tp nk bt camane, atam bangun lambat..huhu...kenelah tgu dia, klw xsapa nk tolong ummi pegang aishah dlm kete, klw dekat2 ummi beranilah, ni smapai ke bangi, kenelah tgu atam sekali...
k, salam sayang
ummuhumaira'