Friday, January 15, 2010

Jika KAU ingin mencintai IBU....

Jika kau ingin menyintai ibu,
Cintailah ibu sekarang supaya ibu tahu,
Keindahan dan kelembutan kasih,
Yang mengukir kudus daripada sanubarimu..

Cintailah ibu sekarang,
Semasa ibu masih hidup,
Usah tunggu sehingga ibu telah pergi,
Kemudian barulah diukir pada batu nisan,
Dengan kata-kata indah pada sekujur batu yang sepi,

Jika kau memiliki ingatan manis buat diri ibu,
Tunjuklah pada ibu sekarang,
Jika tunggu sehingga ibu mati,
Sudah pasti ibu tidak dapat mendengar,
Kerana kita dibatasi kelemahan.

Oleh itu jika kau menyintai ibu,
Walaupun hanya secebis daripada lautan hidupmu,
Lafazkan dan buktikan sekarang,
Sementara ibu masih ada,
Agar ibu dapat menikmati dan menyanjungimu..


P/s: jika kau sayang pd ibumu, maka, tunjukkanlah kasih sayangmu pd ibu dr skrg....angah syg mak, akan angah belajar bersungguh2 agar kita dpt kongsi kejayaan kita bersama2...kredit 2 penulis~fikah


dari anak emak,

ummuhumaira'

0 comments: